Tuesday, July 16, 2019

MERAYAU | berMIMPI di Long Beach Pulau Perhentian


#longbeach #PulauPerhentian #cuticutimalaysia

Percutian 3D2N di MIMPI Pulau Perhentian terasa singkat sangat. Sampaikan anak-anak abang pun takmau balik. Resort ni baharu sahaja dibuka pada tahun lepas dan katanya daripada kakitangan di situ pemiliknya adalah anak tempatan. Al-maklumlah bila bercuti sekeluarga ni kelam kabut la dengan anak-anak dan barang-barang lagi. 

Apatah lagi abang memilih untuk memandu sendiri daripada Kuala Lumpur ke Kuala Besut Terengganu. Tetapi kepenatan tu taklah terasa sangat kerana apabila sahaja sampai di Kampung Pasir Panjang, Kuala Besut kami terus disambut oleh kakitangan MIMPI yang mesra di pejabat reception mereka. Ruang rehat sementara menunggu untuk masuk ke jeti ada disediakan di dalamnya. Dan yang paling penting ianya berdekatan dengan kedai makan. 

Kiranya sempatlah menghilangkan kering tekak dan mengisi perut yang kosong sebelum turun ke pulau. Dari situ kami hanya berjalan dalam 500 meter sahaja untuk ke jeti. Jadi tidaklah jauh untuk anak-anak kecil berjalan. Apabila sampai di pulau pula tidaklah menjadi masalah untuk anak-anak kecil atau orang yang berumur kerana telah terdapat jeti yang terus menyambungkan ke resort MIMPI ini. Naik ke jeti dalam 200 meter terus ke pintu masuk. 

Untuk bilik kami memilih sea view. Seronok sikit bila buka boleh nampak laut. Kalau ke hotel atau resort di pulau peranginan kalau boleh jangan memilih 'gardenview' atau 'hillview'. Bukan apa. Biasanya memang menghadap ke hutan. Kehkeh. Dan resort ni ada dilengkapi lif. Jadi macam yang abang kata memang sesuai untuk anda yang mungkin nak bawa ahli-ahli keluarga yang tua untuk percutian ke pulau ni. 

Selain itu fasiliti adalah seperti hotel-hotel lain yang mana turut dilengkapi dengan kolam renang. Memang asyik berendam sahaja anak-anak abang. Sekejap berenang di laut, sekejap berenang di kolam renang. Yang mana hendak melayan snorkling, scuba diving dan island hoping boleh sahaja memilih daripada mana-mana pusat aktiviti ini. 

Bab makan jangan risau kerana semuanya ada di sini. Nak tomyam ke, nasi goreng ke tak ada masalah. Cuma kena sediakan duit yang lebih kerana almaklumlah harga makanan di pulau memang lebih daripada harga makanan di daratan.

Percutian untuk bulan madu? Memang tersangatlah sesuai.

No comments:

Post a Comment

ShareThis