Thursday, September 12, 2019

Berkhemah Di RumahKebun Camping Site, Kg. Sungai Semungkis, Hulu Langat

Mencari tempat dan kawasan perkhemahan yang jauh daripada hiruk pikuk kota dan selesa? Ini jawapannya.

RumahKebun Camping Ground terletak di Kampung Sungai Semungkis, Batu 14 1/2 Hulu Langat, Selangor. Kawasan perkhemahan yang hanya menempatkan 11 camping site sahaja dan sememangnya dijaga dengan rapi oleh kakitangan RumahKebun.

Harga untuk camping site adalah RM200 (untuk 6 pax atau kurang) dan maksimum untuk satu site adalah setakat 10 pax sahaja. Namun untuk perkhemahan yang sememangnya dikelilingi oleh flora dan fauna ini abang rasa amatlah berbaloi. Elemen semulajadi yang masih terasa ada di tapak perkhemahan ini. Ianya bukan sekadar hanya tapak perkhemahan yang biasa.

Memandangkan hanya terdapat 11 tapak sahaja jadi kawasan perkhemahan ini sangat sesuai untuk sesiapa yang inginkan suasana yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota. Sementelah jaraknya yang hanya di Hulu Langat sahaja.

Tapak perkhemahan yang lengkap dengan fasiliti seperti tandas dan bilik mandi persendirian bagi setiap tapak. Yang mana sangat menyenangkan dan memudahkan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil.

Perkhemahan yang sangat menyeronokkan bagi saya sekeluarga.

Klik untuk full video ->>>>>


No comments:

Post a Comment

ShareThis