Sunday, July 4, 2021

Memasak Resepi Daging Masak Halia (Ginger Stir-Fried Beef Beef 🥩) Yang Mudah Dan Sedap

 

 

Daging masak halia (Ginger Beef) Chinese style. Masakan yang simple tapi padu oi.. 

Resepi campak-campak orang panggil. Daging potong nipis-nipis. Jangan tebal sangat. Sebelum digoreng kita perapkan dulu. 

Bahan perapan sedikit lada hitam, kicap manis, sos tiram, gula dan sedikit tepung jagung. Gaulkan sehingga sebati dan perapkan sekejap sebelum kita goreng. 

Untuk goreng, selepas panaskan minyak masukkan hirisan halia muda yang dipotong nipis. Letaklah halia sebuku atau dua. Terpulang pada kehendak masing-masing. 

Goreng beberapa ketika sehingga nampak kekuningan sedikit dan selepas itu terus masukkan daging yang diperap. Dan taburkan garam secubit dua. 

Masukkan daun bawang atau daun kucai untuk menambahkan lagi rasanya. Semasa menggoreng boleh ditambah kicap manis atau sos tiram sekiranya mahu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis