Wednesday, July 7, 2021

New Zealand di Perlis. Biar Betul?

New Zealand di Perlis? Ya..anda boleh menikmati pemandangan ala-ala di New Zealand di Empangan Timah Tasoh. Dengan tasik yang berlatarbelakang bukit berbatuan membuatkan gambar yang anda ambil nampak seolah-seolah berada di negara luar.

Saya sendiri semasa berbasikal semasa 'touring' di Perlis tahun lepas agak teruja bila rakan saya mengambil gambar kami berkumpulan. Kebetulan apabila balik dari Padang Besar kami melalui jalan di kawasan empangan ini.

"Wah..macam di New Zealand laa..." ucap kawan saya sebaik melihat gambar yang kami ambil sebagai kenangan tu.

Kalau nak ke Padang Besar untuk membeli belah dan bershopping sakan tu memang boleh singgah untuk bergambar dan menikmati pemandangan di kawasan empangan ni. 

#perlis #empangantimahtasoh #newzealand


No comments:

Post a Comment

ShareThis